Saturday 26 May 2012

Kenali Desasiswa Saujana

Assalamualaikum wbt

Mari kenali Desasiswa Saujana
Universiti Sains Malaysia


Desasiswa Saujana berada dalam kompleks Restu, Saujana, Tekun (RST) yang terletak berhadapan dengan pintu stadium Universiti Sains Malaysia. Kompleks ini mula dibina pada tahun 2002 dan siap pada tahun 2003. Pada 17 Jun 2004, seluruh kompleks ini mula dihuni dengan rasminya oleh pelajar-pelajar tahun satu USM. Kompleks ini dirasmikan pada 12 September 2004 oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Logo Desasiswa Saujana


Warna merah adalah warna rasmi Desasiswa Saujana.
Merah melambangkan keyakinan, kecerdasan, kecergasan, kesungguhan, keberanian, dan kemampuan mencapai matlamat. Secara keseluruhannya, merah bermaksud semangat serta keberanian menghadapi cabaran dan dugaan dalam mengharungi kehidupan sebagai mahasiswa/i dengan berjaya dan cemerlang.

Gabungan huruf 'S' yang disusunkan membentuk satu bulatan menunjukkan semua penghuni di desasiswa dalam perpaduan jitu untuk mencapai matlamat, misi dan visi yang satu:
"Aspirasi untuk menjadi pemimpin yang intelektual, berkepimpinan, berketerampilan, berwawasan, pintar bermasyarakat, dan berkerohanian tinggi serta bertanda aras antarabangsa."

Bentuk bulatan seperti "fireball" @ sinaran matahari menunjukkan semangat juang yang membara oleh penghuni-penghuni untuk mencapai aspirasi seterusnya mencapai kegemilangan dan menjadi yang terbilang.

Nama desasiswa berpelantarkan huruf 'S' bermaksud desasiswa sebagai satu asas kukuh dan mantap yang disediakan untuk semua penghuni dari segi prasarana dan pelbagai kemudahan yang lengkap, persekitaran yang kondusif dan sejahtera.

Warna biru pada nama desasiswa melambangkan harmoni, kedamaian dan ketenangan. Secara amnya, biru bermaksud perpaduan dan kedamaian di antara semua penghuni, tidak mengira perbezaan bangsa, etnik mahupun agama. Ia juga melambangkan perpaduan dan keamanan penghuni bersama-sama masyarakat di dalam serta di luar kampus.